Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

event ONE DAY PLAY is on the way!


salam rakan2 sekalian.

Nak dihebohkan disini yang ada satu event akan dijalankan,InsyaALLAH pada 30 Mei 2009 bertempat di Padang Seroja UiTM. Event yang diberi nama 1DP : ONE DAY PLAY. Event ni lebih kurang macam sukaneka la,tapi dianjurkan khas oleh AFTAS untuk budak2 yang buat intersessi kali ni.Sebab kebanyakkan budak ni dari Puncak Perdana.Jadi event ni macam meet & greet la untuk dieorang.

Jadi,sape2 yang bosan bercuti ni ke.Tak tau nak buat pe, boleh la datang memeriahkan event yang dianjurkan kali pertama ini. Sape2 yang berminat nak jadi volunteer pun boleh gak :) dan sangat2 dihargai oleh pihak penganjur. Oleh itu,boleh bagi name kat mane2 komiti AFTAS.Jadi dijemput semua yang ada kelapangan hadir ke event ini dan memeriahkan lagi suasana.

Selamat bercuti rakan2 semua. Sekian Terima Kasih :)

daripada sahabat kepada sahabat

Event untuk semua

salam..terima kasih kepada nisa kerana mengisi ruang blog ini :) sebenarnya saya ada beberapa perkara untuk diselesaikan dulu.Jadi agak tiada masa dan idea untuk menulis ruangan blog ini.Jadi bagaimana dengan cuti anda semua? Harap2 semuanya baik2 belaka..Kepada rakan2 yang bercuti didalam negara & luar negara terutamanya...BESTNYE KORANG!!! (dengar ada yang kat UK,Hong Kong,Korea) semoga selamat balik ke Malaysia :)

Sebenarnya saya ada satu cadangan.Takla cadangan sangat tapi lebih kepada berkongsi idea.Memandangkan kita ini tak banyak masa untuk berjumpa dengan semua orang,apa kata kita buat satu event yang melibatkan semua orang.Kira mcm famili day la.Tapi tak la sehebat tu.Sebab selama 2 semester berturut2 kita buat mlm BBQ.Rasanya macam malam tu sekejap sangat.Jadi kita buat the whole day.Dengan aktiviti2 yang menarik la..games ke ape ke.Dengan ini kita dapat merapatkan lagi silaturahim :)

Ini adalah cadangan,kalau ada rakan2 lain yang mempunyai idea sila kongsikan :) terima kasih.

p/s : good luck for the upcoming result :)
 
fastrack july 2006 | TNB