Subscribe News Feed Subscribe Comments

PERHATIAN

kepada semua rakan2 AFTAS part 6, july 2009 :

maklumat terbaru untuk registration
FAR 551 kita tak ambil untuk subjek next sem.akan digantikan dengan MAF 620. Jadi pendaftaran untuk hari ini akan sedikit tergendala.Mungkin esok baru boleh daftar sepenuhnya. Kelas pun sudah dikurangkan kepada 3 kelas sahaja. A,B dan C.

harap maklum. (maklumat drpd saudara syahiran)

tolong beritahu rakan2 yg lain.

terima kasih.

hadoi

adoi
Paan cakap da klas D xde sem dpan tapi aku cam musykil sket la sbb cam pno la klas, nanti aku kne beribe atas Aimran. Tapi lpas tgk ni sniri aku rase cam btol gak la tgk sniri...
ni cam sbb nape aku terpercaye gak laa
(taken exactly from the blog comments)

KP said...

New regulation, for chalk and talk courses such as accounting and business, class size need to be 40 students. Arahan timbalan naib canselor akademik. Kalau ada yang tak puas hati berkaitan class size, sila komplen kat TNC. I am just following the rule.

congratulations

salam kepada teman-teman seperjuangan.

pada tarikh keramat ini,
11hb Jun 2009...

pengumuman keputusan peperiksaan akhir tahun untuk semester sebelumnya telah pun selamat diumumkan.

so, bagaimanakah dengan keputusan teman-teman sekalian?

berharap semua nya lega dan puas hati dengan keputusan masing-masing.
kepada sesiapa yang mendapat anugerah dekan.
TAHNIAH diucapkan.
kepada sesiapa yang tidak mendapat anugerah dekan, jangan mudah putus asa, anda telah melakukannya dengan sebaik mungkin.

pandang ke depan dan terus berusaha.
apa jua keputusan yang keluar,
saya yakin, anda telah berjuang dengan sepenuh tenaga, jiwa, dan minda.

sekali lagi.

congratulations and well done~

p/s: jangan lupa untuk buat sujud syukur! =)

Good luck

Dear all,

Selamat berjaya di dalam keputusan peperiksaan anda.


One Day Play : Terima Kasih Semua!!



30 Mei 2009.

Alhamdulillah.. Selesai sudah acara 1DP : One Day Play yang dianjurkan oleh AFTAS. Saya mewakili pihak penganjur dan komiti ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan dari segi tenaga,idea, material,sokongan dan sebagainya. Hanya Allah swt sahaja yang mampu membalasnya.

Apa yang dapat dirumuskan daripada program One Day Play ini ialah, semangat kerjasama diantara kita menjadi kunci kejayaan program ini. Ramai volunteer yang turun untuk membantu program ini.Pihak penganjur sangat2 berbesar hati dengan kesudian kalian untuk membantu kami semua.

Kepada rakan2 batch yang turut memberikan sokongan dan idea, kami sangat2 menghargainya. Walaupun majlis ini buat pertama kalinya diadakan, ia boleh dikatakan berjaya dan mencapai objektif program.Syabas dan tahniah untuk semua! :)

daripada sahabat kepada sahabat,

farhannazmey
 
fastrack july 2006 | TNB