Subscribe News Feed Subscribe Comments

hye semua!

Selamat Petang rakan-rakan sekalian;


Pada waktu ini, anda semua pasti sibuk di tempat praktikal masing-masing kecuali kepada mereka yang bekerja di Kuala Lumpur. Pasti sedang enak berehat dengan keluarga atau teman-teman seperjuangan kerna hari ini merupakan Hari Wilayah yang memberi maksud 'CUTI' terhadap segelintir mereka yang bekerja di daerah itu.


Agak sunyi blog fastrack July 2006 ini, setelah sekian lama, saya mencatat sedikit kenangan di dalam blog ini.


Tujuannya?


Saya rindukan zaman Universiti saya, di mana saya berada begitu dekat dengan teman-teman dan orang yang tersayang. Hidup di dalam dunia Universiti telah mengajar saya tentang pelbagai jenis manusia, tentang turun naik nya kehidupan kita di dunia ini. saya bangga kerna telah di beri peluang untuk merasai segala corak yang wujud dalam dunia yang kita berdiri ini.


Wahai rakan-rakanku, rindukah kamu dengan masa-masa kita bersama?
susah senang kita harungi bersama.
konflik di sana sini.
gelak tawa bersama-sama.
haih... rindunya saya dengan semua itu.


namun, masih tinggal 4 bulan untuk kita harungi dunia yang berbeza ini,
dunia yang penuh dengan perkara baru yang kita tidak pernah harungi.


maka dengan ini, saya ucapkan..
semoga berjaya kepada mereka semua..
di luar sana.


semoga kita kembali bersama meneruskan apa yang telah kita tinggalkan.
meletakkan garis penamat kepada apa yang telah kita mulakan.


rakan-rakan.
saya rindukan kalian.


jujur & ikhlas;
Nuranisa.


:)
 
fastrack july 2006 | TNB